Saturday, August 28, 2010

PORTAL STANDARD GURU MALAYSIA (SGM) - INSTRUMEN ONLINE

Semua warga pendidik SMK Pasir Gudang 3;
Portal SGM boleh diakses oleh semua guru di Malaysia melalui laman web Bahagian Pendidikan Guru di alamat http://apps.emoe.gov.my/bpg/index.cfm atau terus ke laman web SGM http://apps.emoe.gov.my/bpg/sgm/index.html
Pengguna dikehendaki mendaftar untuk menggunakan 'Instrumen Online' di alamat http://www.moe.gov.my/sgm

Friday, August 27, 2010

MAJLIS IFTAR JAMA'IE

Tarikh : 2 September 2010
Hari : Khamis
Masa : 6.45 - 10.00 malam
Tempat : SMK Pasir Gudang 3


SMK Pasir Gudang akan mengadakan satu majlis Iftar Jama'ie untuk pelajar-pelajar miskin. Objektif program ini ialah untuk mengeratkan lagi ukhuwah antara pelajar dan warga sekolah, bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa serta solat berjemaah.

KEJOHANAN BOLA SEPAK



SMK Pasir Gudang 3 telah beraksi cemerlang pada Kejohanan Bola Sepak Majlis Daerah Pasir Gudang yang berakhir pada 4 Ogos 2010. Pertandingan ini melibatkan penyertaan dari sekolah-sekolah di daerah Pasir Gudang.

Tuesday, August 24, 2010

Ihya' Ramadhan



Monday, August 23, 2010

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rajab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah: telah bersabda Rasululah S.A.W yang bermaksud: Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh Imam Bikhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. -Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi.

3. Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan, keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. -Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi.

4. Daripada Abi Soleh Az-Zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Setiap amalan anak Adam beginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum disisi Allah pada hari Kiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi.

Friday, August 20, 2010

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA


5 Ogos 2010, Khamis: SMK Pasir Gudang 3 telah mengadakan Majlis Solat Hajat Perdana di Masjid Perjiranan 9. Ibu bapa dan Penjaga Pelajar Tingkatan 3 & 5 juga turut hadir bersama-sama dengan anak ke majlis tersebut bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang turut menjayakannya.




Thursday, August 19, 2010

KURSUS JATI DIRI KADET POLIS DAN KRS.



8 OGOS 2010, Sabtu: Unit Beruniform Kadet Polis dan Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah menjalankan satu kursus iaitu KURSUS JATI DIRI (I) di Pusat Kokurikulum Johor. Kursus ini telah dijalankan selama satu hari sahaja.




















Wednesday, August 18, 2010

JAMUAN KFC KADET BOMBA



Jamuan KFC daripada Unit Latihan, Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang telah diadakan pada 10 Ogos 2010 untuk meraikan kemenangan Kadet Bomba SMK Pasir Gudang 3 dalam Pertandingan Kawad Kaki Kategori GO Daerah Pasir Gudang (naib johan).